“Nak buat cerita pun agak2lah..” TMJ tegur pemuda, dakw4an pengiring terl4nggar kereta

Baru-baru ini, seorang pemuda memuat naik ciapan mengatakan dia dilangar oleh polis pengiring kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam kesesakan lalu lintas di persimpangan lampu isyarat.

Menerusi ciapan tersebut, pengguna dikenali @Pio_Dhurjana mengatakan dia terdengar bunyi siren polis pengiring dalam kesesakan dan dia memandu menukar arah sedikit sehingga terpaksa berhimpit ke kanan.

Apa yang dikesalinya adalah keretanya tergesel pada divider di tepi jalan sebelum melihat konvoi TMJ.

Kalau hantar insurans mahu sebulan dekat dalam

Pemuda tersebut yang juga pengusaha kantin berkata, sekiranya keretanya dihantar untuk servis di bengkel menggunakan insurans boleh memakan tempoh selama sebulan.

Soalnya lagi, jika tiada kenderaan, apakah nasib yang bakal diterima oleh para pekerja termasuk ahli keluarganya sendiri.

Nak buat cerita pun agak-agaklah..

Tidak berdiam diri, ciapan tersebut mendapat perhatian Tunku Ismail dengan menegur dan menasihati pemuda tersebut agar berhati-hati sebelum ‘mereka’ cerita membabitkan dirinya dalam insiden berkenaan.

Tunku Ismail berkata, baginda sendiri tidak keluar rumah sepanjang hari kejadian tersebut berlaku. Dalam masa sama, Tunku Ismail mengaitkan tindakan pemuda tersebut dengan ‘taktik’ Pilihan Raya Umum (PRU) dengan mengatakan terdapat banyak cara positif yang lebih efektif boleh digunakan. Bukannya dengan cara menghasut dan menipu kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah-masalah rakyat.

Berani kerana benar, saya masih tak rabun

Kes tersebut tidak terhenti di situ apabila pemuda berkenaan membalas kenyataan Tunku Ismail dengan nada berani.

Tak tahu siapa yang salah atau benar, diharapkan agar masalah ini dapat diselesaikan. Mungkin juga berlakunya sedikit salah faham.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MOTIFVIRAL

Sumber: Twitter @HRHJohorII, @Pio_Dhurjana

PERHATIAN: Pihak @MOTIFVIRAL tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Be the first to comment on "“Nak buat cerita pun agak2lah..” TMJ tegur pemuda, dakw4an pengiring terl4nggar kereta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*