“Mvncul di k0nsert Rossa,..” Hael Husaini tak dipedvlikan pen0nton?

Konsert penyanyi popular Indonesia, Datuk Seri Rossa yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila menggayakan busana bernilai RM235,000.

Menerusi Konsert Rossa 25th Shining Years itu, Rossa atau nama penuhnya Sri Rossa Roslaina Handiyani turut mengundang penyanyi tempatan, Hael Husaini bagi menjayakan persembahan.

Bagaimanapun, memetik laporan Kosmo! Online, suasana meriah didakwa bertukar suram sekelip mata sebaik Hael yang kini semakin berwajah ‘oppa’ muncul di atas pentas.

Difahamkan, penonton juga dilihat tidak teruja atau bersorak apabila melihat penyanyi lagu Kelentang Kelentong itu, jauh sekali mahu memberikan tepukan tangan.

Berdasarkan laporan itu lagi, ramai seolah-olah tidak gemar sehingga ada di antara mereka ‘membuat muka’ seperti kurang senang terhadap Hael yang tampil pada konsert tersebut.

Situasi itu berbeza dengan seorang lagi penyanyi undangan, Judika ketika membuat persembahan yang membuatkan penonton bersorak gembira selain menjerit-jerit memanggil namanya.

Tapi ambil dari sudut positif sahaja, mungkin penonton yang hadir ke konsert berkenaan bukanlah terdiri daripada peminat Hael.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MOTIFVIRAL

Sumber: Kosmo! Online , Instagram Pecinta Rossa Official

PERHATIAN: Pihak @MOTIFVIRAL tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Be the first to comment on "“Mvncul di k0nsert Rossa,..” Hael Husaini tak dipedvlikan pen0nton?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*