“‘Influencer’ Sanggup Pinjam Ferrari Bernilai RM18.5 Juta Untuk Buat K0nten,” Baru 3 Saat Pandu Dah Ters4gat

Pada zaman dikuasai media sosial sekarang ni, ramai yang berebut-rebut nak tayang kemewahan dan aset yang dimiliki sama ada hasil titik peluh sendiri atau pun meminjam.

Jangan terkejut tapi memang ada golongan yang sanggup pinjam atau menyewa hanya untuk ‘show off‘ dan nampak kaya di media sosial.

Seperti yang dilakukan oleh seorang pempengaruh dari China baru-baru ini yang sanggup menyewa hypercar Ferrari LaFerrari demi untuk merakamkan konten.

Namun, malang baginya apabila dia telah merosakkan bahagian tepi kereta tersebut ketika mahu keluar dari kotak parkir.

Satu rakaman tular di media portal tempatan menunjukkan pempengaruh bernama Hua Zi  itu dilihat duduk dalam keadaan kecewa kerana perlu membayar kos yang sangat tinggi untuk membaiki kereta tersebut.

Menerusi video itu juga, boleh dilihat seorang wanita ada bersama duduk bersebelahan dengan Hua Zi di dalam kereta itu dan dia adalah ‘talent’ untuk konten yang dirakamkan.

Hua Zi tetap berjanji kepada wanita itu untuk membayarnya 5,000RMB (RM3,200) sebagai token meskipun konten yang mereka rakamkan itu ‘gagal’.

Kos baik pulih kenderaan itu adalah kira-kira 300,000RMB (RM195,243) manakala anggaran kerugian susut nilai adalah setinggi $2 juta RMB (RM1.3 juta). Namun Hua Zi sangat bernasib baik apabila pemilik Ferrari itu hanya memintanya membayar kos pembaikan kerosakan yang dibuatnya sahaja.

Fuh, tinggi betul kos ‘konten’ dia. Daripada kena bayar sewa dengan pelakon, tak pasal pasal kena spendlebih untuk repair kereta.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MOTIFVIRAL

Sumber : beautifulnara

PERHATIAN: Pihak @MOTIFVIRAL tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Be the first to comment on "“‘Influencer’ Sanggup Pinjam Ferrari Bernilai RM18.5 Juta Untuk Buat K0nten,” Baru 3 Saat Pandu Dah Ters4gat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*