Gara-gara fikiran ‘melayang’ buat seketika, seorang wanita bertindak memasukkan beras yang yang telah dicuci bersama dengan periuk elektrik ke dalam peti sejuk. Kenapa pula ni?
Beras bertukar jadi ais batu
Situasi itu dipercayai berlaku di Indonesia yang mana wanita berkenaan bertindak di luar jangkaan dengan membiarkan periuk nasi semalaman dalam peti sejuk tanpa sedar sehingga menyebabkan beras tersebut bertukar menjadi ais batu.
Bahkan, wanita itu sendiri tidak ingat dan tidak menyangka periuk nasi yang sudah siap direndam pada waktu itu boleh berada di dalam bahagian peti sejuk beku.
Ramai mengalami situasi sama
Video tersebut viral di TikTok dan mendapat perhatian orang ramai kerana rata-rata netizen mengakui bahawa mereka pernah mengalami situasi yang lebih kurang sama dengan wanita tersebut.
Saya pernah mandikan anak saya sampai dua kali sedangkan dia baru saja mandi dan dah siap berbaju.
Baru jadi semalam, saya masukkan baju kotor saya dalam beg lepas itu bila buka balik saya sendiri terkejut dan tak percaya saya yang buat.
Tak kurang juga yang mengatakan punca berlakunya situasi berkenaan adalah disebabkan kepenatan yang melampau sehingga boleh mendorong seseorang menjadi pelupa atau bertindak melakukan sesuatu perkara tanpa sedar buat seketika.
Video
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MOTIFVIRAL
Sumber: TikTok @kustiatisyaqhira
PERHATIAN: Pihak @MOTIFVIRAL tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Be the first to comment on "“Fikiran Tiba-Tiba ‘Mel4yang’,..” Wanita Tak Sedar ‘Masak’ Nasi Dalam Peti Sejuk"