D4kwa Dim4lukan & Dif1tnah Dalam Vide0, Pol1s S4hkan Terima Lap0ran Zarina Anj0ulie

Beberapa hari lalu, pelakon Zarina Anjoulie memberitahu telah membuat laporan polis menerusi akaun Instagram miliknya.

Laporan itu dibuat ke atas satu video yang dimuat naik ke media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan bertujuan mem4lukannya.

Berita itu telah disahkan oleh polis sendiri iaitu pada Selasa telah menerima laporan daripada Zarina berhubung hantaran video pemilik akaun Facebook yang didkwa memf1tnahnya.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, polis menerima laporan daripada selebriti terbabit pada jam 2.30 pagi, lapor Sinar Harian.

“Dia telah melaporkan bahawa pada 12 Ogos lalu telah melihat satu hantaran video dalam Facebook yang didapati bertujuan untuk mem4lukan dan menf1tnahnya.

“Tujuannya membuat laporan polis adalah untuk merujuk perkara tersebut kepada peguam dan untuk tindakan saman sivil,” katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Selasa.

Menurutnya, kes itu telah diklasifikasikan sebagai Rujuk Kepada Majistret (RKM) untuk tindakan saman sivil.

Sementara itu menerusi ‘IG Story’ di Instagram milik Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju turut menjelaskan kenapa laporan polis itu dibuat terhadap individu terbabit.

Jelasnya, pemilik salon itu telah memuat naik beberapa video berkenaan dirinya secara berterusan yang bertujuan menaikkan ‘viewnya’.

“Ia juga bertujuan memalukan Anju dan menga1bkan Anju. Anju dah pesan pada dia tapi dia tak mahu berhenti.

“Anju tak mahu berbalah dekat Instagram macam budak kecil. Jadi Anju ambil keputusan untuk saman dan Anju dah buat laporan polis,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @VIRALKAMIPRESS

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak @VIRALKAMIPRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @VIRALKAMIPRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "D4kwa Dim4lukan & Dif1tnah Dalam Vide0, Pol1s S4hkan Terima Lap0ran Zarina Anj0ulie"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*