Aksi Meerqeen C1um Dahi Pelawak Ind0nesia Jadi Perhatian, Rupanya Ada Kisah Sedih Di Sebalik Perkongsian Video Kiky Saputri

Belum reda isu memeluk seorang peminat wanita ketika kunjungan ke Jakarta, Indonesia baru-baru ini, pelakon Meerqeen sekali lagi menjadi perhatian apabila muncul pula video memperlihatkan dia mencium dahi pelawak popular, Kiky Saputri.

Video berkenaan dimuat naik oleh pelawak berkenaan di Instagram, Kiky turut membalas ciuman itu dengan mencium bahagian pipi Merqeen sebelum meletakkan mukanya ke bahu pelakon itu.

Bagaimanapun, Kiky memuat naik video berkenaan sebagai respons kepada Youtuber dikenali sebagai Malindo Damai yang memperlekehkan Kiky sebagai seorang wanita yang tidak cantik.

“Tidak mengapa kalau tidak cantik, yang penting kamu sayang sama aku Meerqeen,” tulis Kiky pada bahagian kapsyen video berkenaan.

Salah seorang pemilik akaun Malindo Damai yang dikenali sebagai Sunandar menerusi video bertajuk ‘5 Negeri Wanita Tercantik di Malaysia’ menghina rupa paras Kiky dan membandingkan dengan kecantikan dimiliki aktres Janna Nick.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kiky Saputri (@kikysaputrii)

Rakannya yang turut muncul dalam video berkenaan iaitu Ian menyangkal kenyataan tersebut namun dia dikatakan memiliki selera rendah apabila mengatakan Kiky seorang wanita yang cantik.

“Selera kamu rendah. Kiky nak dibandingkan dengan Janna Nick terlalu jauh,” katanya.

Ian bagaimanapun membantah pandangan rakannya itu dengan mengatakan setiap wanita dilahirkan cantik.

Perkara itu turut mendapat reaksi rakan selebriti termasuk bekas peserta program Gegar Vaganza, Upiak Isil yang terkilan apabila masih ada orang yang melihat kecantikan fizikal selain meminta Youtuber itu cermin diri sebelum berkata-kata.

“Mengata wanita tak cantik, melihat orang daripada fizikal. Sementara fizikal sendiri berantakan. Ada duit tak? Lelaki zaman sekarang banyak yang lupa cermin diri sendiri,” tulisnya.

Sementara itu, Youtuber berkenaan sudah memadam video berkenaan daripada saluran YouTube miliknya selain membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Kiky.

Sunandar memberitahu tiada niat untuk merendah-rendahkan Kiky dan golongan wanita dan menyedari tindakannya itu salah.

“Sejak semalam Ian tegur tindakan saya itu tidak baik merendah-rendahkan wanita dan memang nak padam video berkenaan.

“Saya harap Kiky memaafkan saya dan tidak memanjangkan isu tersebut,” katanya.

Meerqeen dan Anna Jobling berada di Jakarta selama empat hari bagi bertemu peminat ekoran drama lakonan mereka Melur Untuk Firdaus yang menjadi fenomena di negara berkenaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @VIRALKAMIPRESS

Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak @VIRALKAMIPRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @VIRALKAMIPRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Aksi Meerqeen C1um Dahi Pelawak Ind0nesia Jadi Perhatian, Rupanya Ada Kisah Sedih Di Sebalik Perkongsian Video Kiky Saputri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*