“10 Buah Lagu Saya Semua Trending” Aliff Syukri D4kwa Dirinya Penyanyi No 1 Malaysia

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menyifatkan rakyat Malaysia tidak tahu menilai bakatnya sebagai penyanyi nombor satu negara kerana kesemua 10 lagu pernah dihasilkannya selama ini sentiasa ‘trending’ di YouTube.

Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, 35, ditemui berkata, dia mengaku dirinya sebagai penyanyi nombor satu kerana memang layak dengan gelaran itu disebabkan pencapaian lagu yang sentiasa ‘trending’ di platform digital.

“Walaupun pelbagai kecaman yang saya terima, tetapi sehingga kini kira-kira 10 buah lagu yang sudah saya hasilkan, semuanya ‘trending’ nombor satu di YouTube dan tak pernah berada di kedudukan kedua atau ketiga.

“Seperti lagu Bobo Di Mana dan Kelepok Raya, ‘trending’ nombor satu di YouTube. Begitu juga lagu baharu, Baby Sayang ini terus ‘trending’ nombor satu di YouTube dalam tempoh sembilan jam selepas ia dilancarkan semalam. Sekalipun ramai netizen kata suara saya macam itik, tak boleh nyanyi, tapi lagu saya tetap ‘trending’,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Aliff Syukri ditemui pada sidang media untuk penjelasan isu muzik video lagu duetnya bersama Baby Shima, Baby Sayang di sebuah restoran di sini, pada petang tadi.

Aliff berkata dia juga berasa sangat sedih apabila dirinya didkwa g1la dan diminta mendapatkan rawatan kesihatan ment4l oleh netizen. Katanya, dia masih war4s dan tidak pernah mempunyai masalah ment4l.

“Apapun, ada kalanya saya terfikir juga mungkin bakat nyanyian ini akan dihargai oleh rakyat Malaysia selepas saya sudah tiada (men1nggal dun1a) nanti. Tapi, takkanlah nak tunggu saya dah mati, baharu semua orang nak menghargainya?

“Sejujurnya, kenapa saya terus menghasilkan lagu sehingga kini kerana saya memang ada impian nak jadi seorang penyanyi. Saya minat menyanyi kerana yakin ada bakat dan sentiasa disokong peminat,” katanya yang sanggup melaburkan duit sendiri sebanyak RM70,000 untuk single Baby Sayang itu.

Sebelum ini, beberapa hari lalu nama Aliff Syukri hangat dan ‘panas’ di media sosial apabila tular beberapa ‘teaser’ video single Baby Sayang di media sosial seperti Tik Tok dan Instagram gara-gara tariannya bersama penyanyi Baby Shima yang dianggap melampau dan luc4h.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @VIRALKAMIPRESS

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak @VIRALKAMIPRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @VIRALKAMIPRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“10 Buah Lagu Saya Semua Trending” Aliff Syukri D4kwa Dirinya Penyanyi No 1 Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*