“Sebenarnya…” -Finally! Remy Ishak Buka Cerita, Betul Ke Wife Meng4ndung? Anak Sampai 4?

Persoalan Netizen Kononnya Isteri Dah Mengandung, Siap Nampak ‘Baby Bump’Kecoh di media sosial minggu lalu apabila ramai netizen mendakwa ternampak ‘baby bump’ dalam sebuah video milik isteri pelakon Remy Ishak iaitu Ezza Yusof.

Kebanyakan netizen mendakwa terdapat perubahan bahagian perut dalam satu sebuah video Ezza yang sedang memperagakan sepasang kasut jenama miliknya.

Susulan itu, ramai yang mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan biarpun tiada sebarang pengesahan daripada kedua-dua pihak.

Terbaru, Remy akhirnya tampil memperjelaskan segala ‘teori’ yang telah berlegar di fikiran peminatnya.

Menurut Remy, ketika mendapat tahu mengenai reaksi netizen di posting tersebut, kedua-dua mereka hanya mampu ketawa dan pada masa sama terhibur.

“Sebenarnya anak ada empat orang…tapi anak kucing lah.

“Memang haritu kecoh tentang isteri saya mengandung, kami tergelak-gelak bila baca.

“Belum ada rezeki lagi lah, tak ada pun, tak ada isi lagi belum ada rezeki.

“Tunggu la nanti if ada rezeki, tahun depan ke,” katanya.

Jelasnya, kedua-dua mereka ketika ini juga tidak terlalu memikirkan soal anak memandangkan masing-masing agak sibuk dengan kerjaya.

“Lagi pun dua-dua sibuk dalam karier masing-masing. Isteri sibuk dengan perniagaan nak pula dekat Ramadan ni.

“Saya pula sibuk dengan penggambaran, so kami sendiri tak ada masa nak fikir ada anak

“Ada la terfikir, tipulah kalau tak fikir langsung. Taoi tak terlalu berat untuk kami fikirkan,” katanya.

Ditanya sama ada timbulnya rasa geram apabila netizen membuat spekulasi sebegitu, Remy merasakan yang mereka hanya mahu mengambil tahu.

“Tak geram sebab mereka tak tahu, jadi mereka nak tahu.

“Saya pun gelak sebab wife kuat makan tapi dia cakap bukan. Baju yang dipakai besar.

“Kalau betul ada, saya pun happy nak share dengan semua orang. Anak lelaki ke anak perempuan, of course saya happy.

“Tunggu la tahun depan ke, tahun ni macam tak ada ‘cahaya’ je. Doa-doakan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MOTIFVIRAL

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak @MOTIFVIRAL tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @MOTIFVIRAL juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Sebenarnya…” -Finally! Remy Ishak Buka Cerita, Betul Ke Wife Meng4ndung? Anak Sampai 4?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*