‘Upgrade’ Fesyen Dari Sekuntum Bunga Ke Sepohon Pokok, Penampilan Aina Abdul Di AJL36 Buat Netizen Terhibur

Aina Abdul sekali lagi menjadi bahan bualan netizen gara-gara gaun ungu yang digayakannya ketika membawakan lagu ‘Nafas Cinta’ bersama Khai Bahar sempena Anugerah Juara Lagu Ke-36 malam ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Teka teki mengenai busana pertama Aina Abdul akhirnya terjawab apabila Aina memilih mengenakan busana bewarna ungu hasil rekaan pereka tempatan. Busana yang direka penuh dengan bunga-bungaan serta ranting pokok itu kelihatan sangat ‘perfect’ apabila Aina turut memakai sepasang kasut yang seakan ‘akar sebuah pokok’.

Di Twitter, rata-rata netizen ‘okay’ dengan busana Aina kali ini. Ini kerana, mereka boleh meramalkan apa yang bermain di fikiran penyanyi tersebut untuk lagu Nafas Cinta. Cuma, netizen berpendapat mengapa Khai Bahar tidak memakai baju yang bercorak bunga-bungaan bagi menambahkan ‘feel’ di antara mereka ketika menyanyikan lagu tersebut.

Di samping itu, netizen sempat berseloroh dan menyatakan bahawa Aina kelihatan agak ‘rushing’ ketika menghadiri AJL kali ini sehingga dia terlanggar semua pokok bunga di sekitarnya. Netizen turut berharap lagu ‘Nafas Cinta’ meraih anugerah pada malam ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MOTIFVIRAL

Sumber: Oh Bulan

PERHATIAN: Pihak @MOTIFVIRAL tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @MOTIFVIRAL juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "‘Upgrade’ Fesyen Dari Sekuntum Bunga Ke Sepohon Pokok, Penampilan Aina Abdul Di AJL36 Buat Netizen Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*