“Umpan R4ting Dgn Konsert Tokti Sebagai Closing, Big Stage Ditvduh Kacau Rating AJL36,

Pemilihan tema This Is Siti Nurhaliza di konsert minggu kelima Big Stage 2022 bukanlah bertujuan untuk menggugat rating Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) yang bersiaran langsung di TV3 pada malam Ahad.

Menurut Penerbit Penyelaras Big Stage 2022 iaitu Mohd Noor Firdaus Mahadi, Astro bersaing secara sihat dan mahu memberi pelbagai pilihan kepada penonton untuk memilih rancangan terbaik.

“Pada pandangan kami kita bersaing secara sihat, kita menawarkan content dan kandungan program terbaik untuk penonton di luar sana, terpulang kepada mereka nak menonton yang mana satu.

“Kalau terlepas tengok konsert minggu ini, tak ada masalah untuk mereka tonton semula menerusi platform digital kami,” katanya kepada mStar.

Noor Firdaus diminta mengulas komen netizen di media sosial mendakwa pemilihan tema mengangkat penyanyi kesayangan ramai itu sebagai strategi menarik penonton.

“Pandai ya Astro tahu minggu ni ada AJL, terus mereka buat tema Siti Nurhaliza. Malam ni terbaiklah semua lagu Siti Nurhaliza.

“Big Stage nak lawan dengan AJL, jadi mereka buat tema Siti Nurhaliza dan TokTi pun perform sekali hari ini.

“Big Stage bagi Siti Nurhaliza buat persembahan istimewa di penutup sebab nak mengimbau kenangan menang AJL dulu. Betul-betul kejar rating AJL36 dengan Big Stage ni,” tulis netizen di laman Twitter.

Konsert minggu kelima menyaksikan sembilan peserta diberi tugasan menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan oleh Siti Nurhaliza.

Pada konsert istimewa itu Siti Nurhaliza turut menyanyikan tiga buah lagu iaitu Balqis, Nirmala dan Hati Kama.

Mengulas mengenai persembahan kesemua peserta, Siti Nurhaliza yang juga merupakan juri tetap berkata dia berpuas hati dengan kualiti nyanyian mereka.

“Mereka dah berikan yang terbaik, saya percaya mereka dah berusaha sehabis mungkin, cuma setakat mana kemampuan mereka. Alhamdulillah saya sangat gembira dengan persembahan mereka, semua dah tengok komen yang saya berikan.

“Masing-masing memberikan penjiwaan, muzik yang diubah suai mengikut kesesuaian suara adik-adik semua. Saya terhibur dengan persembahan mereka,” komen Siti.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MOTIFVIRAL

Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak @MOTIFVIRAL tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @MOTIFVIRAL juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Umpan R4ting Dgn Konsert Tokti Sebagai Closing, Big Stage Ditvduh Kacau Rating AJL36,"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*