Menggemp4rkan Rakaman Det1k-Det1k Cem4s Seorang Lelaki P4njat Keluar Dari Kereta Selepas Ters4ngkut Dlm B4njir

Hujan lebat selama beberapa jam menyebabkan beberapa kawasan di ibu kota mengalami banjir kilat.

Hujan bermula kira-kira pukul 3 petang itu juga menyebabkan beberapa jalan utama dinaiki air dan menyebabkan kesesakan jalan raya.

Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia,trafik dari Plaza Tol Loke Yew Ke Salak Selatan dilencongkan ke Jalan Istana berikutan banjir kilat di Salak Selatan dan Kuchai Lama.

Beberapa kawasan di Kampung Baru juga dinaiki air dan berlaku banjir kilat.

Malah Jalan Ampang, Jalan Raja Laut serta kawasan berhampiran KLCC dan Masjid Jamek juga dinaiki air.

Beberapa gambar dan video tular tersebar di media sosial memaparkan deretan kenderaan tersekat di jalan dan dinaiki air di kawasan parkir.

Sebuah video tular di media sosial memaparkan puluhan kenderaan tenggelam dalam banjir akibat hujan lebat melanda ibu negara kira-kira lebih dua jam sebentar tadi.

Berdasarkan video berkenaan, kejadian tersebut dipercayai berlaku di laluan Kuchai Link, dekat sini kira-kira pukul 3.37 petang.

Turut kelihatan puluhan kenderaan juga terkandas kerana tidak dapat melalui jalan berkenaan yang sudah ditenggelami air.

Keadaan tersebut turut menyebabkan seorang lelaki dipercayai pemandu sebuah kenderaan terpaksa menyelamatkan diri dengan naik ke atas bumbung kereta selepas keretanya nyaris tenggelam.

Beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami fenomena banjir kilat sehingga menyebabkan ramai pengguna jalan raya dan orang awam terkandas.

Ia berikutan hujan lebat berterusan sejak tengah hari tadi sehingga berlakunya timbunan sampah sarap serta lumpur yang turut dihanyutkan bersama air banjir.

Keadaan ini menimbulkan rasa panik orang ramai dan rata-rata daripada mereka sempat merakamkan detik-detik cemas tersebut.

Tinjaun Kosmo! di media sosial mendapati antara kawasan yang terjejas adalah di Terowong Tabung Haji, Terowong Chan Sow Lin, Jalan Pudu, Jalan Sri Permaisuri, Jalan Tun Razak dan Jalan Pahang.

Seorang pengguna di Facebook berkongsi klip video memaparkan seorang individu yang sedang menyelamatkan dirinya dengan memanjat bumbung kereta selepas keretanya nyaris tenggelam.

Dalam perkongsian yang lain, puluhan kenderaan dilihat tenggelam di dalam air banjir terutamanya di Lebuh raya Pantai Baru (NPE) serta beberapa kawasan parkir awam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MOTIFVIRAL

Sumber: Kosmo

PERHATIAN: Pihak @MOTIFVIRAL tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @MOTIFVIRAL juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Menggemp4rkan Rakaman Det1k-Det1k Cem4s Seorang Lelaki P4njat Keluar Dari Kereta Selepas Ters4ngkut Dlm B4njir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*