‘Ko Sakit Ke Mat?’ – Komen Sharnaaz Ahmad Buat Peserta AJL 36

Di Twitter, pelakon, Sharnaaz Ahmad sempat memuat naik komen dan pandangannya mengenai persembahan para finalis yang bertanding di Anugerah Juara Lagu Ke-36, malam ini.

Sharnaaz sempat memuat naik satu tweet yang berbunyi ‘ko sakit ke mat?’ sebaik sahaja penyanyi, Yonny Boii selesai melakukan persembahan. Yonny yang menyanyikan lagu ‘Salahku’ kelihatan ‘in character’ ketika melakukan persembahan tersebut dari awal sehingga akhir. Lebih mencuri tumpuan, Yonny dilihat tergantung setelah selesai melakukan persembahan.

Menerusi komen tersebut, rata-rata netizen sempat berseloroh dengan Sharnaaz dan menyatakan Yonny Boii sengaja memilih tema ‘sakit’ untuk persembahannya malam ini.

Pelukan angkasa SUPERB MUSIC! Berdiri bulu uban jambang aku. SOG dan Shila kalau tak menang, baik bubar je AJL.

Selain Yonny Boii, Sharnaaz turut menyatakan bahawa lagu Pelukan Angkasa nyanyian SOG dan Shila Amzah mampu membuatkan bulu jambangnya berdiri. Tambah Sharnaaz, dia berharap lagu tersebut meraih tempat di Anugerah Juara Lagu kali ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MOTIFVIRAL

Sumber: Oh Bulan

PERHATIAN: Pihak @MOTIFVIRAL tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @MOTIFVIRAL juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "‘Ko Sakit Ke Mat?’ – Komen Sharnaaz Ahmad Buat Peserta AJL 36"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*