“Ana Nayla Men4ngis Ku4t, Mak Nampk Kelibat Hitam Merangkak..” Ayda Jebat Check0ut Jam 2 Pagi, Tak Tahan Dik4cau

‘Ana Nayla menangis sehingga mata bengkak dan tidak mahu minum susu, ibu pula nampak kelib4t hitam merangkak’.

Itu pengalaman selebriti popular Ayda Jebat ‘bermalam’ di sebuah hotel di ibu negara atas urusan kerja kelmarin.

Situasi mendebarkan itu menyebabkan dia dan suami, Nabil Mahir serta kedua-dua ibu bapanya terpaksa mendaftar keluar hotel pukul 2.40 pagi kelmarin.

“Semalam (kelmarin), saya dan Nabil mendaftar masuk di sebuah hotel di Kuala Lumpur atas tujuan kerja. Saya ambil dua bilik besar yang menghubungkan antara dua bilik.

“Satu bilik untuk saya dan satu untuk mama dan baba. Masuk sahaja bilik hotel Ana Nayla terus menangis dan jika awak dengar sendiri pun boleh tahu dia dalam ketakutan.

“Macam-macam dilakukan termasuk melaungkan Azan tetapi dia masih menangis tanpa henti sampai tersedu-sedu. Saya dan Nabil pun rasa ingin menangis,” luah Ayda di Insta Storynya.

Menurut pelantun lagu Pencvri Hati itu, keadaan anaknya yang tidak mahu minum susu dan hanya menangis membuatkan dirinya tidak tenang saat menjalani latihan ta­rian di satu lokasi berdekatan hotel berkenaan.

“Setelah selesai sesi latihan kira-kira pukul 12.30 tengah malam, ibu memaklumkan dia terlihat kelibat satu lembaga mer4ngkak daripada bilik saya ke biliknya.

“Ketika itu, anak saya sudah tidur sebab kepenatan menangis. Mama tarik saya dan Nabil pergi ke tepi dan beritahu kami bilik hotel ini tidak ‘elok’.

“Mama terlihat sesuatu me­r4ngkak laju dari bilik saya menerusi pintu sambungan itu dan terus pergi ke bilir air,” katanya.

Enggan mengambil risiko soal keselamatan puteri kesa­yangan mereka, Ayda membuat keputusan untuk pulang ke rumah kira-kira pukul 2.40 pagi.

“Di kaunter hotel, seorang kakitangan beritahu tingkat yang menempatkan bilik kami baru sahaja dibuka setelah sekian lama ditutup,” ujarnya.

Ayda berkata, dia tidak sempat mengambil sebarang gambar atau video dan tujuannya berkongsi mengenai perkara itu sebagai panduan pada ibu bapa lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MOTIFVIRAL

Sumber: Instagram Ayda Jebat

PERHATIAN: Pihak @MOTIFVIRAL tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @MOTIFVIRAL juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Ana Nayla Men4ngis Ku4t, Mak Nampk Kelibat Hitam Merangkak..” Ayda Jebat Check0ut Jam 2 Pagi, Tak Tahan Dik4cau"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*