Raja Ilya H4mil Lima Bulan, Tak Meng1dam Makan Macam-Macam… Tapi Rindu Nak Balik Malaysia

Selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Raja Ilya memaklumkan dirinya kini h4mil lima bulan.

Berkongsi berita gembira itu, Ilya yang kini menetap di Australia meluahkan rasa teruja kerana sudah lama menyimpan r4hsia keh4milannya.

“Dah lama saya simpan berita ini. Tapi tunggu masa sesuai untuk umumkan kepada semua.

“Rasanya inilah masa sesuai. Saya rancang untuk berkongsi hujung Februari lalu, tapi ketika itu badan tak berapa sihat,” katanya kepada mStar.

Lebih menggembirakan apabila anak dalam kandungannya dijangka dilahirkan sekitar Julai depan iaitu hampir dengan ulang tahun kelahirannya sendiri yang ke-37.

“Kalau cukup bulan dan hari, InsyaAllah baby ini akan lahir sama tarikh dengan ulang tahun kelahiran saya.

“Memang rasa seronok dan teruja kerana telah lama kami menantikan kehadiran cahaya mata,” ujarnya.

Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad berkahwin dengan Trent Garret pada Disember 2018.

Selepas berkahwin Ilya dan suami menetap di Australia sejak 2019.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Ilya turut meluahkan rasa rindu untuk pulang ke Malaysia.

“Rasa untuk balik Malaysia lebih lagi berbanding mengidam nak makan macam-macam di sini (Australia).

“Saya akan bers4lin di sini dan jika keadaan mengizinkan nanti pastinya saya akan balik ke Malaysia bawa baby kami,” jelasnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MOTIFVIRAL

Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak @MOTIFVIRAL tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @MOTIFVIRAL juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Raja Ilya H4mil Lima Bulan, Tak Meng1dam Makan Macam-Macam… Tapi Rindu Nak Balik Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*