“Bertemu Buku Dgn Ruas..,” Muncul Pula Kak Long Tuk4ng Urut ‘S0und’ Kak Long Air Batu

Kejadian seorang wanita dan anak lelakinya memarahi kakitangan sebuah kedai serbaneka dan restoran makanan segera yang tular dipercayai di Terengganu terus mendapat perhatian orang ramai.

Terkini, seorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai Kak Long Tukang Urut pula ‘membasuh’ wanita yang turut dikenali sebagai Kak Long Kosmetik.

Kak Long tukang urut (kiri) pula menjadi perhatian apabila memuatnaik satu klip video memarahi seorang wanita yang tular baru-baru ini

Jelas Kak Long Tukang Urut melalui satu klip video yang ditayangkan di laman sosialnya berkata, jika rasa duit tidak cukup, tidak perlulah untuk makan di kedai makanan yang mahal dan terkenal seperti KFC.

“Dah tahu duit ada RM30, beli je ayam penyet tepi jalan, murah pun murah. Kalau tak pun beli sahaja ayam tiga ketul beli banyak-banyak boleh makan dengan suami dekat rumah.

“Ini duit pun RM30, nak pergi makan KFC, pastu bising pasal air batu (ais) tak ada la. Kalau nak bising sangat ambil je batu tepi jalan tu,” jelasnya.

Klip video tersebut turut mendapat sambutan dari orang ramai dan ramai bersependapat dengan Kak Long Tukang Urut, rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh wanita tersebut.

“Betul lah tu, dah tahu duit cukup-cukup tak payah la buat live. Nak marah saja mesti buat live. Paling geram dengar pula suara anak dia tu,” jelas Nafis Koci.

“Tak payah la nak beriya sangat pasal air batu, pasal anak kau dituduh tu. Sendiri buat hal sendiri tanggung la, senang sahaja.

“Kak Long Tukang Urut ni pun boleh tahan ‘tembak’ orang, tapi apa yang dia cakap memang betul. Dah-dah la tunjuk diri kita tak cerdik,” jelas Piaggio Mustapa.

Ingat 7Eleven, ingat Kak Long

Kak Long Kosmetik mungkin tidak sehebat nama-nama pensohor media sosial yang lain, namun namanya kini menjadi sebutan setiap lapisan umur di Malaysia.

Mungkin ramai yang tidak mengenalinya, namun jika disebut berkenaan kedai serbaneka 7Eleven dan juga kedai makanan cepat, KFC ternyata bayangan wajah Kak Long Kosmetik akan timbul.

Namun apa yang menjadi bualan hangat di media sosial adalah berkenaan dengan cara ‘kemahsyurannya’ yang dilihat tidak kena dan tidak patut berlaku.

Rata-rata orang ramai menyifatkan, tindakan peniaga itu dengan membuat ‘live’ ketika tidak berpuas hati dengan apa keadaan sekali pun adalah tidak patut.

Ada yang juga yang berkata, anak lelaki kepada wanita yang difahamkan berasal dari Terengganu itu juga tidak perlu campur tangan ketika orang tua sedang bercakap.

“Maaf cakap lah, isu tidak puas hati ni kalau nak dikatakan memang semua orang tidak puas hati, namun cara yang dilakukan oleh wanita itu sebenarnya tidak patut.

“Salurkan pada pihak yang sepatutnya, bukan kita cepat sangat nak tekan butamng ‘live’ dekat sosial media kita. Secara tidak langsung akan nampak kelemahan kita sendiri,” ujar Ismail JB.

“Paling orang nampak adalah anak lelaki dia, bercakap dengan orang yang lebih berumur tiada hormat. Kalau terus dibiarkan Anakku Sazali benar-benar akan wujud.

“Dalam mendidik anak sebenarnya tingkah laku ibu bapa itu sangat penting, semoga Kak Long Kosmetik sedar akan kesilapannya,” jelas Iser Chiku3.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MOTIFVIRAL

Sumber: KOnline!

PERHATIAN: Pihak @MOTIFVIRAL tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @MOTIFVIRAL juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Bertemu Buku Dgn Ruas..,” Muncul Pula Kak Long Tuk4ng Urut ‘S0und’ Kak Long Air Batu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*