“Dah Bawak Anak Jumpa Ustaz” Kak Long Mula Buka Cerita Selepas Kes Mak1 Staff KFC Tul4r

Sebelum ini tular berkenaan dengan seorang wanita yang mengamuk dan menengking pekerja 7 Eleven kerana anaknya dituduh mencuri. Wanita yang memanggil dirinya Kak Long itu telah mendapat perhatian ramai kerana tindakannya yang melebih-lebih.

Ramai warganet yang tidak berpuas hati dan meminta wanita ini menjaga adab. Walaubagaimanapun, dia telah pun meminta maaf dengan pekerja 7 Eleven tersebut dan sudah pun dianggap selesai oleh kedua belah pihak.

Wanita ini marah pekerja KFC pula

Namun terbaharu, viral pula sebuah video di aplikasi TikTok yang dikongsikan oleh GGanG_ berkenaan dengan wanita dari Dungun, Terengganu ini memarahi pekerja KFC. Amukan itu berlaku dipercayai gara-gara KFC yang dikunjungi tersebut kehabisan ais. Menerusi video yang diambil dari live wanita tersebut, dia juga kelihatan merungut berkenaan dengan sikap pekerja KFC yang masam mencuka sewaktu membuat pembelian.

Sambil makan KFC bersama anak-anaknya dia juga sempat membebel beberapa perkara yang lain. Turut kedengaran juga suara anaknya yang sempat memanaskan situasi. Lebih teruk lagi, kedengaran juga suara anaknya yang sempat menengking meminta pekerja KFC menghantar ais secepatnya.

Kak Long Minta Beri Peluang

Di hari Jumaat ini, dia juga mengigatkan netizan jika dia sakit, pengsan hari ini, agak-agak adakah dia akan maaafkan semua netizan yang mengata dia

Menurut akak ni, dia juga telah membawa anak dia berjumpa dengan Ustaz

Berhenti Sekejap Dari Sosial Media

“kak kena berenti sekejap dari media sosial ni nanti lagi tension. jangan tengok sgt benda ni sekejap akan brenti xlama. lagi kak tension nanti. jgn tgk dlu. kak doa kat allah. jaga anak2.”

“berubah la kk lepas ni allah tgur kita ni. kita semua ada salah. terkejut tgk video kat kfc tu pulak. bella knal kak mmg baik orgnya.”

Tak payah la bising-bising..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai situasi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton. Namun rata-ratanya bengang dengan perangai wanita ini yang dianggap tiada kesabaran dalam diri. Malah ramai juga mempersoalkan kenapa nak marah sampai sebegitu rupa memandangkan tiada ais bukanlah isu yang besar.

Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen mengatakan nanti minta maaf pula dan ada juga yang sempat berkata sekiranya selepas ini nampak akak ini nak masuk kedai, terus tutup.

“Baik tak payah makan KFC… baik makan tepi jalan saja. Ais batu tak ada, sudu tak ada… kalau orang ramai pun, servis kena terbaik… tip top.

“Kena beritahu… sudahlah masa ambil pesanan, muka tu ‘gelebek’ (masam). Saya ada hak sebab saya customer. Dan customer is always right. Saya bukan orang senang, datang sini bawa RM30 saja.

“Saya nak ais batu, sekarang! Panas hati aku datang makan tak ada ais batu. Kalau tiada, tutup kedai!” katanya sebagaimana di dalam video tersebut.

Di dalam video tersebut juga, kedengaran suara tenang seorang kakitangan restoran yang cuba menerangkan situasi dengan memberitahu ketiadaan sudu dan ais batu adalah kerana jumlah pelanggan yang ramai pada hari berkenaan.

Video lama ‘Kak Long’ kini viral di Twitter.

Apa yang membuatkan netizen panas hati, kedengaran suara kanak-kanak lelaki dipercayai anak wanita tersebut turut sama mengherdik kakitangan restoran berkenaan seolah-olah menjadi ‘batu api’ untuk menambahkan lagi kemarahan ibunya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi dan waktu sebenar rakaman berkenaan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan wanita berkenaan suka mencari publisiti murahan dengan melakukan live demi content.

“Ni memang content dia cari duit ke? Tak faham… memang perangai buruk macam ni ke? Minta maaf berkali-kali pun tak guna… tak percaya.

“Akak ni dengan telefon memang berpisah tiada ke? Ada saja nak merakam, memviralkan diri sendiri lepas itu dah kena kecam, mulalah minta maaf menangis-nangis.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MOTIFVIRAL

Sumber: Trendingsgt

PERHATIAN: Pihak @MOTIFVIRAL tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @MOTIFVIRAL juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Dah Bawak Anak Jumpa Ustaz” Kak Long Mula Buka Cerita Selepas Kes Mak1 Staff KFC Tul4r"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*