Avaa Vanja Bahagia Jadi J4nda, Tak P4kai Tudung Tapi Ing4t Allah

Pelakon Avaa Vanja optimis bahawa percer4ian adalah jalan bahagia buat dirinya berbanding terus melayari bahtera perkahwinan yang sia-sia.

Kata pemilik nama lengkap, Avaa Vanja Mohamad Ramli itu, sebagai seorang wanita berdikari, dia sudah puas merana sepanjang perkongsian hidup dengan bekas suami, Aamil Sulaiman sejak 11 tahun lalu.

“Apa yang berlaku, saya serahkan semuanya kepada Allah SWT. Insya-Allah, anak pun sudah berusia 10 tahun.

“Esok (hari ini) adalah perbicaraan tuntutan hak penjagaan anak. Anak (Merlissa) dah boleh buat pilihan. Hakim akan panggil dan akan tanya sama ada mahu (dijaga) ibu atau ayah,” katanya.

Avaa yang cukup dikenali menerusi watak Ayu dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ditemui pada sidang media pelancaran filem Gadis Jolobu The Movie di KL Jazz % Arts Centre (KLJAC).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Avaa Vanja (@avaavanja)

Ditanya tentang kehidupan terkini berstatus j4nda selepas 11 tahun berkongsi hidup dengan bekas suami, Avaa mengakui bahawa percer4ian merupakan satu proses rumit.

Jelasnya, keputusan untuk berpisah diambil demi masa depan diri sendiri dan terutama, untuk cahaya mata yang semakin membesar.

“Sejujurnya, percer4ian bukan satu proses yang mudah terutama kalau memang sudah tiada persefahaman. Ada wanita yang hidup terkontang-kanting dan ter4niaya sebab nak bercer4i.

“Ada antara mereka yang ada bukti kukuh (nak bercer4i) tapi tiada duit, tiada peguam dan sebagainya.

“Saya bersyukur urusan saya dipermudahkan sebab kita tahu hukum hakam Islam. Kalau benar memang dah tiada persefahaman, biarkan mahkamah yang buat keputusan sebab agama kita ada undang-undang,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Avaa Vanja (@avaavanja)

Bercerita lanjut, pengorbanan 11 tahun berkongsi hidup dengan bekas suami tidak dihargai. Justeru, dia membulatkan tekad berpisah dan seterusnya, membina kehidupan sendiri.

“Hubungan macam tiada makna bermula sejak kes pol1s yang saya dedahkan sebelum ini. Saya buat keputusan bahawa adalah tak baik untuk anak membesar dengan hubungan seperti ini.

“Untuk dia (anak) lihat benda yang tak bagus, saya berkeras kepada diri cakap, sudah sampai waktu saya bertegas sebab saya pun bukannya muda lagi.

“Biarpun saya tak bertudung tapi saya masih ingat Allah SWT. Itu yang menguatkan saya dan mendorong untuk bertindak dan melakukan sesuatu,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Avaa Vanja (@avaavanja)

Banyak berkorban sepanjang tempoh perkahwinan, Avaa memberitahu dirinya terpaksa melupakan cinta dalam dunia seni disebabkan ingin memberi fokus rumah tangga namun semuanya seperti tidak dihargai.

“Lima tahun pertama perkahwinan, memang susah. Dia (bekas suami) belajar di luar negara lebih kurang tiga tahun. Saya jaga diri sendiri, hamil dan bersalin pun sendiri.

“Anak umur dua tahun setengah baru dia ada di sini (Malaysia). Tinggal rumah sebumbung, macam alamak, dua budaya yang berbeza.

“Saya jenis fleksibel dan suka ikut rentak tapi lama-kelamaan tahap kesabaran saya dah memuncak. Selama 11 tahun bertahan, tahap kesabaran memang sangat tinggi. Dah meletup, dan kemudian saya fikir, sudah sampai waktu buat keputusan.

“Nasihat saya buat orang wanita di luar sana, kalau rasa macam ada salah (dalam perkahwinan), pergilah dapatkan pendapat dan bantuan. Kita orang wanita ada hak sendiri,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Avaa Vanja (@avaavanja)

Terdahulu, Avaa yang menfailkan tuntutan fasakh dan hadhanah (hak penjagaan anak) pada Disember 2021 dan bercerai talak satu dengan Aamil yang seorang juga pemuzik.

Ketika itu, Avaa diberikan hak penjagaan sementara satu-satunya cahaya mata mereka, Merlissa, 10.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Avaa Vanja (@avaavanja)

Oktober tahun lalu, Avaa juga ada membuat lapor4n pol1s mendkwa dirinya dan anak berdepan pender4an dom3stik.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MOTIFVIRAL

Sumber: Cari

PERHATIAN: Pihak @MOTIFVIRAL tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @MOTIFVIRAL juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Avaa Vanja Bahagia Jadi J4nda, Tak P4kai Tudung Tapi Ing4t Allah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*