Pesawat Terbesar Di Dunia Yg Pernah Mendarat Di KLIA Kini Musn4h

Pesawat terbesar di dunia, Antonov AN-225 dilaporkan musn4h semasa pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, lapor stesen penyiaran CNN.

‘’Pesawat digelar ‘Mriya’ yang bermaksud ‘mimpi’ dalam bahasa Ukraine itu diletakkan di lapangan terbang berhampiran Kiev ketika ia diser4ng tenter4 Rusia,’’ kata pihak berkuasa Ukraine sambil menambah, mereka akan membinanya semula.

“Rusia mungkin telah musn4hkan ‘Mriya’ milik kami. Tetapi tidak dapat musnahkan impian kami untuk menjadi sebuah negara Eropah yang kuat, bebas dan demokratik. Kita akan menang!’’ tulis Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba di Twitter.

Myria mempunyai panjang 84 meter (276 kaki) dan boleh mengangkut kargo mencecah berat 250 tan pada kelajuan 850 kilometer sejam.

Tiada pengesahan berasingan mengenai kemusn4han pesawat berkenaan. Menerusi ciapan Syarikat Antonov di laman Twitter, pihaknya tidak dapat mengesahkan keadaan teknikal pesawat berkenaan sebelum ia diperiksa oleh pakar.

Syarikat pertahanan Ukraine yang menguruskan Antonov, Ukroboronprom semalam mengeluarkan kenyataan bahawa pesawat berkenaan telah dimusn4hkan tetapi akan dibina semula dengan perbelanjaan Rusia yang menelan kos sebanyak AS$3 bilion (RM12.6 bilion).

“Pemulihan itu dianggarkan menelan kos AS$3 bilion (RM12.6 bilion) dan lebih lima tahun. Tugas kami adalah untuk memastikan kos ini dit4nggung oleh Persekutuan Rusia yang telah menyebabkan kerosak4n yang disengaj4kan ke atas sektor penerbangan dan kargo udara Ukraine,’’ jelas kenyataan itu.

Dalam satu kenyataan kemudian, syarikat itu berkata bahawa pesawat tersebut telah berada di darat berhampiran Kiew pada 24 Februari lalu dan sedang menjalani penyelenggaraan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MOTIFVIRAL

Sumber: K!Online

PERHATIAN: Pihak @MOTIFVIRAL tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @MOTIFVIRAL juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Pesawat Terbesar Di Dunia Yg Pernah Mendarat Di KLIA Kini Musn4h"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*