“Keluarga Terdekat Pun Tak Dapat Gambar” Lofa Engg4n K0ngsi Wajah Putera Pertamanya Pada Umum Lagi

Umum mengetahui selebriti terkenal Neelofa telah selamat melahirkan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal Muhammad Haris beberapa minggu lepas. Namun Lofa masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah putera sulungnya itu kepada umum.

Ibu kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohammed mendedahkan keluarga terdekat juga belum berkesempatan melihat wajah cucunya, Muhammad Bilal Muhammad Haris.

Noor Kartini memberitahu, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor sendiri memilih pendekatan tidak mahu terlalu berkongsi wajah putera sulungnya kepada umum termasuk saudara terdekat.

“Saya tak tanya (tentang bila nak kongsi gambar anak). Sebenarnya, keluarga terdekat pun tak dapat gambar. Macam keluarga di Kelantan ke siapa, semua tak dapat.

“Mereka minta gambar, kami tak bagi dan saya sendiri pun tak ambil gambar secara curi-curi. Memang Neelofa akan hantar gambar setiap hari walaupun kita pergi rumah dia hari-hari.

“Tapi, saya memang takkan ambil gambar dan tanya dia, bila nak tunjuk. Kita bagi dia sendiri buat keputusan. Respek keputusannya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Noor Kartini, 56, ditemui pada majlis pelancaran Disney X Naelofar The Little Mermaid di pusat beli belah One Utama, di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu, ditanya tentang proses berpantang anaknya itu, Noor Kartini memaklumkan, Neelofa menyesuaikan diri dengan peranan sebagai seorang ibu dengan begitu cepat.

“Neelofa berpantang di hospital selama seminggu dan selepas itu, di rumah saya lebih kurang seminggu dan sekarang dia sambung pantang di rumahnya sendiri.

“Walaupun ada confinement lady (pembantu pantang), sebagai ibu, saya tetap memberikan tunjuk ajar dan panduan cara-cara berpantang. Pakai stokin tebal-tebal, duduk melunjur dan sebagainya.

“Alhamdulillah, dia cepat menyesuaikan diri. Dulu waktu Faliq masa kecil pun, Neelofa yang jaga. Jayden pun dia jaga. Jadi, tiada masalah dari segi nak uruskan bayi sendiri,” katanya.

Terdahulu, Neelofa dan Haris diijabkabulkan dalam sebuah majlis di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac 2021.

Pasangan popular tersebut dikurniakan Muhammad Bilal pada 31 Januari lalu yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara namun sehingga kini, masih belum berkongsi wajah putera sulung mereka itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MOTIFVIRAL

Sumber: K!Online

PERHATIAN: Pihak @MOTIFVIRAL tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @MOTIFVIRAL juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Keluarga Terdekat Pun Tak Dapat Gambar” Lofa Engg4n K0ngsi Wajah Putera Pertamanya Pada Umum Lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*