Tiket Terbang Ke Angk4sa Lep4s Kini Dibuka Pada Orang Ramai

Syarikat Virgin Galactic, yang pernah menerbangkan pengasasnya, Richard Branson ke angkasa lepas tahun lalu, telah membuka semula jualan tiket kepada orang ramai mulai Rabu, dengan harga bermula AS$450,000 (RM1.8 juta).

Sebelum ini, hanya mereka yang telah membayar dep0sit untuk berada dalam senarai menunggu boleh membeli tiket penerbangan ke angkasa, tetapi kini jualan dibuka sekali lagi kepada orang ramai.

“Kami merancang untuk mendapatkan 1,000 pelanggan pertama kami yang ingin ke angkasa lepas pada akhir tahun ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Michael Colglazier dalam satu kenyataan.

Ditubuhkan pada 2004, Virgin Galactic sedang berusaha bagi misi membawa lebih ramai manusia menerok4 angkasa lepas, yang mana menyaksikan Branson menew4skan pengasas Blue Origin, Jeff Bezos dalam perlumbaan CEO ke angkasa lepas.

Sasaran mereka adalah untuk menerbangkan pelanggan individu berbayar pertama menjelang akhir tahun 2022 dengan meletakkannya di belakang saingan utama dalam sektor pelancongan angkasa lepas, iaitu Blue Origin dan SpaceX milik Elon Musk, yang mana mereka telah menerbangkan penumpang komersial.

Penerbangan ke angkasa oleh syarikat Virgin Galactic akan dilancarkan dari Spaceport America di New Mexico. Sebuah pesawat pengangkut besar berlepas secara mendatar ke altitud Bumi yang tinggi, dan menj4tuhkan pesawat angkasa berkuasa roket yang meluncur ke angkasa di Mach-3, sebelum kembali ke Bumi.

Sehingga November lalu, syarikat itu berkata mereka telah menjual 700 tiket ke angkasa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MOTIFVIRAL

Sumber: Syok

PERHATIAN: Pihak @MOTIFVIRAL tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @MOTIFVIRAL juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Tiket Terbang Ke Angk4sa Lep4s Kini Dibuka Pada Orang Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*