“Sudilah Undi Saya Supaya Masih Boleh Belajar Di Pentas Big Stage…” Iqbal Kembali Dengan Semangat Baru

Peserta Big Stage, Ahmad Iqbal Zulkefli mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan kata-kata semangat buat dirinya.

Iqbal berkata, selepas apa yang berlaku, dia mendengar suara-suara semangat yang tidak mahu dirinya terus mengalah.

Oleh itu, Iqbal berkata dia kembali dengan semangat baru dan berharap agar ada yang sudi mengundi supaya dapat terus belajar di pentas Big Stage.

“Terima Kasih, ternyata saya tidak keseorangan. Sudilah undi saya supaya saya masih boleh belajar di pentas Big Stage.

“Setelah apa yang terjadi, saya mendengar suara suara semangat yang tidak mahu saya terus mengalah.

“Saya mahu lama lagi di dalam ini bersama kalian. Tolong doakan saya. Senang bekerjasama dengan kalian semua.

“Teman saya semua, tolong doakan esok saya lakukan yang terbaik. Sebaik yang boleh saya lakukan. Saya bawa semangat baru kerana sokongan dan kata semangat dari kalian.

“Sudilah undi saya supaya saya masih boleh belajar di pentas Big Stage,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Hantaran tersebut sekaligus menolak spekulasi kononnya Iqbal bakal menarik diri daripada pentas Big Stage minggu ini.Terdahulu Iqbal mengakui terkesan dengan tohmahan yang dilempar terhadapnya, dan menjelaskan akan mengundurkan diri daripada program tersebut.

“Saya akan mengundurkan diri, jangan risau. Untuk minggu kedua nanti, kemungkinan besar akan menjadi minggu terakhir saya berada di pentas BS3.

“Biar apa yang terjadi, saya hanya ingin selesaikan tanggungjawab sahaja,” katanya dalam satu hantaran Instagram sebelum ini.

Selain Iqbal, Big Stage 2022 diserikan dengan peserta-peserta seperti Tegar Septian, Ajoi Zainal, Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Iqbal Zulkefli, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa Marieylla dan Syafiq Abdilah (Brunei).

Big Stage 2022 bersiaran bermula pada setiap Ahad, jam 9 malam secara langsung di Pusat Konvensyen, Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan ditayangkan menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Go.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MOTIFVIRAL

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak @MOTIFVIRAL tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @MOTIFVIRAL juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Sudilah Undi Saya Supaya Masih Boleh Belajar Di Pentas Big Stage…” Iqbal Kembali Dengan Semangat Baru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*