Jutawan Muda Bercita-Cita Bayar Hut4ng Negara Ind0nesia

Seorang lelaki jutawan dari Medan menjadi sens4si internet kerana mengeluarkan komen yang menyatakan bahawa dia ingin membayar hut4ng negara Indonesia, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Indra Kenz, menerusi sebuah program bual bicara ditanya mengenai barangan yang ingin dibeli menggunakan wang miliknya, yang sehingga kini masih belum dapat dimiliki.

Dia kemudian menjawab tiada apa-apa yang ingin dibeli kerana semua keinginannya telah dipenuhi.

“Tiada apa-apa kerana semuanya telah saya beli. Cuma hut4ng negara sahaja yang saya belum bayar,” katanya sebagai menjawab pertanyaan pengacara program.

Indra yang digelar ‘Cr4zy Rich Medan’ itu kemudiannya disoal sekali lagi bagi mengesahkan jawapannya.

Secara bersahaja, Indra berkata, keinginan untuk membayar hut4ng negara akan dilakukannya nanti.

“Nantilah, secara berperingkat,” ujarnya.

Indra sebelum ini pernah dikr1tik hebat kerana mengeluarkan komen yang menyatakan bahawa kemiskinan merupakan satu keistimewaan.

“Sebenarnya, lahir sebagai orang m1skin itu satu keistimewaan. Ini kerana individu itu dapat merasai perjuangan menuju kejayaan.

“Berbeza dengan yang dilahirkan dalam keluarga kaya, di mana mereka mempunyai tekanan mental yang besar. Kalau sudah lahir kaya, mereka tidak boleh menjadi m1skin, sebaliknya perlu menjadi lebih kaya. Itu adalah cabarannya,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MOTIFVIRAL

Sumber: K!Online

PERHATIAN: Pihak @MOTIFVIRAL tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @MOTIFVIRAL juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Jutawan Muda Bercita-Cita Bayar Hut4ng Negara Ind0nesia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*