“Ada Blog Muat Naik Keputusan Final Ketika Sesi Battle Sedang Berlangsung..,” Wakil GV8 Tampil Nafi Keputusan Akh1r B0cor

Tengah kecoh dengan kemenangan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz pada malam Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), muncul pula dakwaan yang kononnya keputusan keseluruhan sudah diketahui awal.

Ini semua gara-gara sebuah blog yang memuat naik keputusan keseluruhan GV8 ketika pusingan ‘battle’ sedang berlangsung.

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, dia mengetahui isu ini selepas menerima tangkapan skrin (screenshot) artikel blog tersebut. Tegas Raqim, dia sangat yakin tidak ada yang memb0c0rkan keputusan kepada orang luar.

Saya tak rasa ada b0c0r (keputusan) tapi saya tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Kami tahu keputusan dalam pukul 11.30 malam tapi dari screenshot yang saya terima artikel itu dikongsikan pada pukul 11.01 malam.

Dari pihak kami, saya sangat pasti tak ada yang memb0c0rkan awal daripada masa sepatutnya. Tetapi, isu ini kami boleh si4sat. Mungkin ada masalah teknikal dari pihak sana.

Dalam pada itu, kata Raqim lagi, individu terawal yang mendapat keputusan akhir GV8 adalah dirinya, ketua juri iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan juri jemputan, Joe Flizzow.

Markah semua dikira oleh audit yang duduk bersama dengan produksi di backstage. Yang tau dulu keseluruhan markah semestinya saya, Tok Ram dan semua juri. Jadi, tak mungkin keputusan malam ini (Ahad) b0c0r.

Malam GV8 telah menyaksikan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz muncul juara program realiti itu mengalahkan lima peserta lain iaitu Nikki Palikat, Suki, Adibah Noor, Azan Scan dan Aweera.

Aliff membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan Piala Gegar Vaganza.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MOTIFVIRAL

Sumber: Oh Bulan

PERHATIAN: Pihak @MOTIFVIRAL tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @MOTIFVIRAL juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Ada Blog Muat Naik Keputusan Final Ketika Sesi Battle Sedang Berlangsung..,” Wakil GV8 Tampil Nafi Keputusan Akh1r B0cor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*