Dengar Yusuf Nak Main Pasir, Hanis Zalikha & Suami Syukur Tan Sri Vincent Tan ‘Tunai’ Permintaan Anak – ‘Terus Yacht Sampai’

Umum mengetahui, pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sangat bertuah apabila mereka sekeluarga dijemput sekali lagi menaiki kapal layar mewah milik jutawan terkenal, Tan Sri Vincent Tan.

Di Instagram, Hanis Zalikha berkongsi perasaannya apabila diberi peluang untuk bercuti bersama jutawan terkenal tanah air itu.

Menurut Hanis, dia berasa sangat gembira dan teruja apabila Allah gerakkan hati orang lain untuk menggembirakan dirinya dan keluarga. Tambahnya, perkara yang sama boleh dilakukan oleh mana-mana individu untuk menggembirakan hati orang lain.

Berbeza perasaan dengan kita berbelanja sendiri. Sebab bayangkan, Allah gerakkan hati orang lain, untuk gembirakan kita. Selalu tak terdetik? Bila orang belanja kita, secawan kopi. Dia tak perlu pun belanja, tapi dia nak. Hati dia nak. Rezeki kita tu Allah salurkan melalui orang lain. Orang tu dapat kebaikan buat kita gembira. Kita pun dapat bahagia yang Allah bagi. It’s beautiful.

Suami isteri pun macam tu. Walau isteri boleh beli apa yang diidamkan, tapi bila suami yang “takpe saya bayarkan” “sayang nak yang mana”, seronoknya hati isteri tu kan.  Staff pagi-pagi belanja bos roti canai. Orang beratur depan tiba-tiba bayarkan gula-gula anak kita kat kaunter. Berbunga hati!  You can belanja just anyone and the reward is actually for you too.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

Menerusi Instagram Hairul, pelakon filem ‘Paskal’ ini turut meluahkan rasa terharu apabila Tan Sri Vincent Tan sanggup menunaikan hasrat anaknya, Yusuf Iskandar untuk bermain pasir.

Tan Sri terdengar @theyusufiskandar nak main pasir, tiba-tiba saja yacht sampai ke darat.

Jelas Hairul lagi, dia tidak menyangka Tan Sri Vincent Tan akan menyediakan sebuah yacht buat mereka sekeluarga. Terdahulu, Hairul dan Hanis pernah mencuri tumpuan ramai apabila bercuti menaiki helikopter ke Tasik Kenyir, Terengganu. Percutian pasangan ini mendapat perhatian ramai termasuk rakan artis sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MOTIFVIRAL

Sumber: Oh Bulan

PERHATIAN: Pihak @MOTIFVIRAL tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @MOTIFVIRAL juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Dengar Yusuf Nak Main Pasir, Hanis Zalikha & Suami Syukur Tan Sri Vincent Tan ‘Tunai’ Permintaan Anak – ‘Terus Yacht Sampai’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*