Wanita Warga Emas L4ri Berk4ki Ayam Dalam Lvmpur Minta Bantuan, Azhan Rani S4yu Tengok Kesus4han Penduduk Ped4laman

Kisah mengenai nasib seorang wanita warga emas berlari berkaki ayam bagi mendapatkan bantuan daripada sukarelawan banjir di Mentakab, Pahang mengundang rasa seb4k dalam kalangan netizen.

Seperti yang diceritakan pelakon Azhan Rani, 45, wanita berkenaan berlari menuju ke arah kumpulannya ketika mereka menjalankan misi b4ntuan banjir di Kampung Batu Kapor Bawah 6 di Mentakab, Pahang.

“Saya nak kongsikan sikit satu peristiwa yang tak dapat dilupakan. Tempat ni agak jauh ke dalam sikit berbanding rumah lain yang juga alami keros4kan t3ruk akibat b4njir yang hampir sampai mencec4h ke bumbung.

“Nampak makcik tudung biru ini berlari berk4ki ay4m tak hirau dah apa yang dia pijak.

“Masa ni saya baru nak alihkan kereta nak cari parking, mungkin dia ingat kami nak gerak pulang sebab memang dah tak nampak jalan ke rumah dia pun,” tulis Azhan di Instagram.

Tambah Azhan, dia sendiri merasa s4yu tatkala melihat keadaan rumah wanita berkenaan yang musn4h akibat b4njir baru-baru ini.

“Rumah dia kat belakang lagi dari kawasan bec4k tu. Setakat semalam belum ada b4ntuan hadir. Rumah kayu dia h4ncur musn4h r0boh akibat b4njir, dekat sangat dengan sungai belakang rumah dia.

“Tinggal bahagian depan rumah je yang masih tegak berdiri. Makcik red4h air paras dada masa nak selamatkan diri haritu… tiada harta benda yang dapat disel4matkan.

Dalam pada itu, pelakon drama Nur ini berharap agar lebih ramai sukarelawan masuk ke kawasan pedalaman seperti itu untuk menyalurkan b4ntuan.

“Tak banyak yang saya dan team mampu bantu, tapi hari ini dan hari seterusnya saya harap makin banyak bantuan akan hadir untuk mereka di sana.

“Masuklah ke dalam lorong-lorong kampung, mereka tak ada kemampuan nak keluar cari pusat bantuan yang banyak terletak di tepi jalan besar ataupun di sebelah bandar.

“Mereka tiada masa dan tak kuasa dipeningkan dengan kerenah nak mengisi borang, buat permohonan tunggu kelulusan dan sebagainya,” ujarnya.

Meninjau pada ruangan komen perkongsian Azhan, rakan selebriti dan netizen akui sebak mengenangkan nasib wanita berkenaan.

“Alhamdulillah Allah hantar team kalian untuk mereka, hanya Allah yang dapat membalas pada kalian semua.

“Apabila kita menolong orang susah atau di dalam kesusahan, baru kita kenal erti bersyukur. Terima kasih abang @azhan_rani & team banyak menolong mangsa banjir yang sangat memerlukan.

“Semoga tuan dan seluruh team dapat keberkatan dalam usaha ini. Meskipun di sini bukan kampung atau rumah saya, saya tetap ucapkan jutaan terima kasih,” kata beberapa netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MOTIFVIRAL

Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak @MOTIFVIRAL tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @MOTIFVIRAL juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Wanita Warga Emas L4ri Berk4ki Ayam Dalam Lvmpur Minta Bantuan, Azhan Rani S4yu Tengok Kesus4han Penduduk Ped4laman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*