Balas Budi, Penduduk Kuala Krai Sediakan 103 Pacuan Empat Roda & 11 Buah Lori Hantar Bantuan Ke Selangor! – “Steady #RakyatJagaRakyat”

Sebagai membalas budi, penduduk Kuala Krai menyediakan 103 pacuan empat roda dan lima buah lori untuk membawa bantuan ke Selangor.

Menerusi laman sosial Facebook Info Dalam Kuala Krai (IDKK), misi bantuan Selangor-Kuala Krai Balas Budi 2014 itu dibuat bagi meringankan beban rakyat di negeri berkenaan yang terjejas teruk dengan musibah banjir.

Selain NGO Task Force IDKK misi turut disertai Baracudda 4×4 Kuala Krai yang membuat penghantaran kesemua barangan bantuan hasil sumbangan daripada penduduk di Kuala Krai.

Difahamkan, Misi Balas Budi akan ke lokasi seterusnya, di tempat-tempat terjejas banjir di Pahang.

“Kami pergi dulu Love Kuala Selangor insyallah jumpa lagi, jika di beri rezeki dan kekuatan kami hadir lebih ramai lagi Insya-Allah.

“Terima kasih pada semua warga Kuala Krai dan Kelantan kerana telah menyumbang dalam pelbagai bentuk yang di anggarkan bernilai RM250.000 dan 103 buah 4×4 , 11 buah lori untuk ke Selangor.

“Kami berangkat dulu yer. Kami ke PAHANG jiran muka pintu kami. #MisiBalasBudi,” tulis laman sosial Facebook IDKK.

Sementara itu tinjauan Gempak di ruangan komen media sosial, ramai warganet terharu dengan usaha dilakukan penduduk Kuala Krai, Kelantan itu.

“Steady! #RakyatJagaRakyat!”

“Alhamdulillah, rakyat kita memang berhati mulia dan sentiasa bantu membantu bila dengar yang lain ditimpa musibah.”

“Terima kasih Kuala Krai…”Antara komen yang ditinggalkan warganet sambil mendoakan rakyat Kuala Krai sentiasa dilindungi dan berada dalam keadaan selamat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MOTIFVIRAL

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak @MOTIFVIRAL tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @MOTIFVIRAL juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Balas Budi, Penduduk Kuala Krai Sediakan 103 Pacuan Empat Roda & 11 Buah Lori Hantar Bantuan Ke Selangor! – “Steady #RakyatJagaRakyat”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*