“Semua Nak Tunjvk Ke?” Netizen Tegvr F0to Nora Danish M4in Bvih Dengan Suami

Baru sahaja dikecam kerana menggayakan baju ‘hiking’ ketat minggu lalu, pelakon Nora Danish sekali lagi mencuri tumpuan melalui perkongsian posting terbaharu di laman Instagram miliknya.

Menerusi muat naik tersebut, pelakon berusia 29 tahun itu bergambar bersama suaminya Nedim Nazri di dalam tab mandi yang dipenuhi buih dengan meletakkan ‘tag’ lokasi di sebuah resort popular di Langkawi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ROTIKAYA (@rotikaya)

“Main buih kejap. Lihat foto seterusnya kalau nak tengok Santa Claus saya. Comel kan? tulis pelakon drama Bougainvillea itu.

Perkongsian beberapa keping foto berkenaan memperlihatkan ibu kepada dua cahaya mata itu menikmati momen gembira dan bahagia bersama suaminya bagi menghasilkan gambar terbaik untuk tatapan peminat.

Bagaimanapun, di sebalik pujian daripada beberapa individu, netizen lebih memilih untuk memberikan sindiran serta teguran berhubung tindakan ‘mesra’ pasangan itu di dalam tab mandi tersebut.

Netizen berpendapat, gambar seperti itu tidak sepatutnya menjadi tayangan dan pandangan mata orang ramai yang disifatkan satu bentuk privasi dalam perhubungan suami isteri.

Apatah lagi bakal mencecah usia 40-an dan membawa imej selebriti, mereka berkata Nora perlu bersikap lebih matang apabila berkongsi sesuatu perkara di media sosial.

Semua benda nak tunjuk?

Murahnya! Semua orang dah tengok

‘Try hard’ sangat… tak sensitif?

Tak perlu post macam ni

Umur rasanya dah tua tu

Nora atau nama penuhnya, Nora Mohd Danish Hanif dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata Mohamed Neqayl yang kini berusia tiga tahun.

Nora juga pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli dan memiliki seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal Ramli namun bercerai pada 2008 selepas dua tahun berkahwin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MOTIFVIRAL

Sumber: Instagram nora danish

PERHATIAN: Pihak @MOTIFVIRAL tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @MOTIFVIRAL juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Semua Nak Tunjvk Ke?” Netizen Tegvr F0to Nora Danish M4in Bvih Dengan Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*