“Nik4h Dalam M4jlis Tertut0p 5 November Lalu” Kamal Adli, Uqasha Senrose Sudah Sebulan Bergel4r Suami Isteri

TEKA-TEKI perkahwinan pasangan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli akhirnya terjawab apabila mereka mengesahkan sudah selamat disatukan dalam sebuah majlis pernikahan tertutup pada 5 November lalu.

Pasangan mempelai dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin di sisi jurunikah Tuan Izzuddin Hj Abdul Mutalib tepat jam 9.39 pagi.

Pada majlis bertemakan dalam taman itu, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, menyerahkan wang tunai RM22.50 sebagai mas kahwin.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, menerima tujuh dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak Kamal.

Pasangan ini dinikahkan dalam majlis yang dihadiri keluarga terdekat.

Dalam majlis yang diadakan seawal 7.30 pagi itu, beberapa wajah popular turut menjadi saksi upacara pernikahan mereka antaranya adik-beradik Uqasha, Idayu, Datin Nina Juren dan Michael Ang.

Hampir 100 tetamu yang terdiri daripada sanak-saudara serta kenalan kedua-dua mempelai turut hadir.

Pasangan pengantin kelihatan cukup cantik dan segak bergaya mengenakan persalinan daripada pereka Shanell Harun.

Uqasha ditemani ibunya ketika upacara akad nikah.

Kamal dan Uqasha kemudian diraikan dalam sesi memotong kek lima tingkat yang disaksikan oleh para tetamu yang hadir.

Kedua mempelai saling tak tumpah seperti putera dan puteri klasik dengan busana tradisional daripada kain songket berona ungu hasil rekaan Rizman Ruzaini.

Pada 6 Oktober lalu, media melaporkan Uqasha telah menganjurkan sebuah majlis bridal shower (meraikan bakal pengantin) bersama adik-beradik dan sepupunya di sebuah restoran terkemuka.

Sebelum ini, Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung Disember tahun lalu.

Sama cantik sama padan Kamal Adli dan Uqasha Senrose.

Hubungan cinta mereka mula menjadi perhatian peminat selepas digandingkan dalam sebuah drama arahan Michael Ang berjudul, Setelah Terlafaznya Akad.

Pasangan ini melangsungkan pertunangan pada April lalu dalam sebuah majlis yang dihadiri keluarga terdekat.

Mengikut perancangan awal, Kamal dan Uqasha sepatutnya melangsungkan majlis akad nikah dan tiga buah majlis resepsi di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkemuka, namun terpaksa menangguhkan hasrat tersebut disebabkan penularan virus Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MOTIFVIRAL

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak @MOTIFVIRAL tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @MOTIFVIRAL juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Nik4h Dalam M4jlis Tertut0p 5 November Lalu” Kamal Adli, Uqasha Senrose Sudah Sebulan Bergel4r Suami Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*