“Lama Jadi Tek4an,” Uqasha Senrose & Kamal Adli K4hwin Sabtu ini?

Tarikh perkahwinan pasangan pelakon, Uqasha Senrose dan Kamal Adli kembali menjadi tekaan netizen apatah lagi sudah menghampiri penghujung tahun 2021.

Menurut laporan Kosmo! Online, netizen mendakwa 11 Disember bakal menjadi tarikh keramat pasangan tersebut selepas spekulasi bertiup kencang di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Malah menerusi laman Instagram program MeleTOP, satu posting memaparkan poster pasangan itu yang bakal menjadi tetamu undangan malam ini turut dipenuhi komen berkaitan hari bahagia mereka berdua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MeleTOP (@meletop)

Berdasarkan komen terutama peminat, rata-rata meluahkan rasa teruja bagi melihat pasangan drama Setelah Terlafaz Akadnya Itu mendirikan rumah tangga selepas lama tertunda akibat pandemik Covid-19.

‘Confirm’ ni guys!

Tak sabarnya! Moga yang baik2 saja

Harap ada berita baik…

Sementara itu, pereka fesyen popular Fizi Woo ada berkongsi momen ketika Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen ketika melihat persalinan pengantin buat kali pertama.

Walau bagaimanapun, sehingga hari ini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada Uqasha ataupun Kamal berhubung tarikh perkahwinan mereka.

Mengikut perancangan asal, pasangan yang sudah bertunang selama lapan bulan itu memilih bagi mengadakan majlis akad nikah dan resepsi di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkemuka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MOTIFVIRAL

Sumber: Kosmo! Online (Nur Emira Saizali) , Instgram Fizi Woo

PERHATIAN: Pihak @MOTIFVIRAL tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @MOTIFVIRAL juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Lama Jadi Tek4an,” Uqasha Senrose & Kamal Adli K4hwin Sabtu ini?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*