Perkenal Ejen Pel4buran Kepada Su4mi, Zizie Izette Terima H4buan Wang Pengen4lan RM2.2 Juta Secara Tunai

Kes r4suah melibatkan pelakon Datin Seri Zizie Izette memasuki episod baharu apabila dia didkwa menerima wang tunai RM2.2 juta kerana memperkenalkan ejen pelaburan Public Mutual Berhad kepada suaminya, Datuk Bung Moktar Radin selaku Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra.

Ia bertujuan untuk Felcra membuat pelaburan berjumlah RM150 juta dalam unit saham bank berkenaan.

Perkara itu diberitahu di hadapan hakim Mahk4mah Sesyen, Rozina Ayob pada Jumaat oleh seorang ejen pel4buran Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid, 43.

Seperti dilaporkan Bernama, Madhi berkata, wang pengenalan akan diberikan kepada individu yang memperkenalkan ejen kepada pelanggan.

“Kami tidak menetapkan sebarang kadar bayaran (wang pengenalan), namun ia mengikut kepada budi bicara.

“Kami putuskan untuk beri kepada Datin Seri Zizie kerana memperkenalkan kami kepada Datuk Seri Bung,” katanya.

Madhi berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria dan Law Chin How pada perbicaraan kes r4suah Bung Moktar dan isterinya.

Saksi pend4kwaan ke-24 itu berkata, beliau dan seorang lagi ejen pelaburan, Norhaili Ahmad Mokhtar menyerahkan wang berkenaan kepada pelakon itu di Public Bank cawangan Taman Melawati pada Jun 2015.

“Pada hari tersebut, saya dan Puan Norhaili berada di bank, namun Puan Norhaili berada di bank sekejap sahaja kerana ada urusan lain, jadi ketika transaksi wang, hanya saya dan Datin Seri Zizie berada di bank sehingga selesai.

“Pembayaran wang pengenalan itu dibuat dengan cara saya mengeluarkan wang dalam bentuk cash (tunai) dan pihak bank menyerahkan kepada Datin Seri Zizie,” katanya.

Tambahnya, pihak bank memaklumkan bahawa jumlah wang yang mahu dikeluarkan tidak mencukupi dan hanya boleh mengeluarkan RM2.2 juta.

Sementara itu kata Mahdi, jumlah selebihnya dibayar kepada Zizie dengan cara membuka akaun pelaburan dengan Public Mutual seperti diminta aktres itu.

“Sebanyak dua cek diberikan kepada Zizie iaitu satu berjumlah lebih RM200,000 dan satu daripada Puan Norhaili berjumlah lebih kurang RM600,000 hingga RM700,000,” ujarnya.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar mengaku tidak bers4lah atas dua pertvduhan menerima r4suah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar, 63, ketika itu merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra menerima r4suah daripada Madhi menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

Zizie, 43, mengaku tidak bersalah atas tiga pertvduhan bersub4hat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MOTIFVIRAL

Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak @MOTIFVIRAL tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @MOTIFVIRAL juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Perkenal Ejen Pel4buran Kepada Su4mi, Zizie Izette Terima H4buan Wang Pengen4lan RM2.2 Juta Secara Tunai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*