“Kalau Pentas Berhantu Sekali Pun, Itu Adalah Lumrah… ” – Nyanyian tak sedap, Fazley Yaakob mula cerita perkara ini

Umum mengetahui, Dato Fazley Yaakob mendapat markah terendah berdasarkan persembahan lagu miliknya Asmara Ini dalam sebuah program hiburan tempatan semalam. Bagaimanapun, tiada penyingkiran pada minggu pertama dan sekaligus melayakkan beliau bertanding di konsert kedua pada minggu hadapan bersama 12 peserta yang lain.

Adat bertanding, pasti ada yang kalah dan menang. Namun, hal yang memesongkan akidah seperti memohon bantuan jin atau bersahabat dengan iblis menjadi kisah pemanas dalam setiap panggung.

Bagi cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, hal itu dianggapnya sebagai lumrah dan tidak menolak kebarangkalian untuk ada dalam acara bersifat pertandingan.

Kata Fazley, setiap yang bertanding mahukan kemenangan, oleh itu tidak mustahil taktik kotor juga antara jalan pintas untuk mencapai apa yang diinginkan.

“Dalam dunia masakan atau nyanyian pasti ada pembawakan mistiknya tersendiri. Jadi persediaan itu sudah ada seperti amalan-amalan zikir, solat-solat sunat, itu lumrah amalan biasa.

“Namun, apabila berada di satu pentas yang besar, keadaan misteri itu suatu hal yang tak boleh elak sebab setiap pertandingan ada orang yang ingin menang, mencapai kemuncak.

“Jadi, apabila pentas itu berhantu sekali pun, berhantu dengan muzik, berhantu dengan gangguan, berhantu dengan baik sekali pun, itu adalah lumrah dan tak menjadi masalah,” katanya.

Terbaru, Fazley memohon maaf kepada semua pihak sekiranya persembahan yang dilakukan semalam kurang memuaskan.

Saya mohon maaf

Menerusi Twitter Fazley, beliau memohon maaf kepada semua pihak kerana tidak memberi persembahan yang terbaik semalam. Ujar Fazley, perasaannya sangat gemuruh dan sedikit emosi ketika tampil melakukan persembahan. Disebabkan itu, beliau berada di tangga terakhir. Jelas Fazley lagi, sudah 10 tahun beliau tidak beraksi dan melakukan persembahan di pentas.

Rata-rata netizen memberi kata-kata semangat buat Fazley dan berharap beliau bakal memberikan persembahan yang terbaik pada minggu kedua ini.

Untuk minggu kedua, Fazley memberitahu dia akan berusaha yang terbaik untuk menyampaikan lagu ‘Laguku Untukmu’ nyanyian Hasnol.

Fazley yang popular dengan lagu Asmara Ini menjadi salah satu antara bintang yang bertanding dalam rancangan realiti popular Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Selain Fazley, 12 bintang lain yang turut serta termasuk Adibah Noor, Suki Low, Nikki Palikat, Shidee, Azzan, Ani Maiyuni, Bandi Amuk, Aliff Aziz dan wakil Indonesia, Upiak Isil.

Konsert mingguan ‘GV8’ pula akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa

Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 21 November 2021.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MOTIFVIRAL

Sumber: trending sgt

PERHATIAN: Pihak @MOTIFVIRAL tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @MOTIFVIRAL juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kalau Pentas Berhantu Sekali Pun, Itu Adalah Lumrah… ” – Nyanyian tak sedap, Fazley Yaakob mula cerita perkara ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*