Selamat Berkhidmat Untuk Rakyat Dira Abu Zahar, Jadi Artis Pertama Menang Pilihan Raya

Mencipta sejarah tersendiri apabila Datuk Khaidiriah Abu Zahar atau Dira kini menjadi selebriti pertama bergelar wakil rakyat selepas menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim.

Dira, 37, menang atas tiket Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 1,327 menewaskan dua lagi calon selepas memperoleh 4,037 undi.

Dua lagi calon iaitu Azalina Abdul Raman (PN) pula meraih undi sebanyak 2,710 undi manakala calon PH, Prasanth Kumar dengan 2,163 undian.

Terdahulu, Dira membuat kelainan apabila menjadi calon PRN Melaka terakhir yang mengundi.

Dia hadir ke Sekolah Kebangsaan Merlimau 1, kira-kira pukul 3.10 petang, Sabtu.

Sebelum terjun ke bidang politik, Dira terkenal sebagai pelakon menerusi beberapa drama seperti Tahajud Cinta dan Dahlia selain membintangi banyak filem antaranya Chow Kit, Kil, Lari, Longkai dan filem terakhir ialah Kimchi Untuk Awak.

Sementara itu semakan di Instagram wakil rakyat baharu ini, rata-rata netizen memberikan ucapan tahniah selain mengucapkan selamat berkhidmat.

“Tahniah Dira, semoga menjalankan amanah dengan telus.

“Nanti jangan lupa bawa penambahbaikan kepada sistem pengangkutan awam di negeri Melaka,” kata netizen.

PRN Melaka menyaksikan persaingan sengit apabila 112 calon disahkan akan bertanding untuk merebut 28 kerusi DUN.

Ia diadakan ekoran pembubaran DUN Melaka yang ke-14 pada 4 Oktober lalu seperti mana di bawah Fasal (2) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka ekoran empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan kepada kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md. Ali.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MOTIFVIRAL

Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak @MOTIFVIRAL tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @MOTIFVIRAL juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Selamat Berkhidmat Untuk Rakyat Dira Abu Zahar, Jadi Artis Pertama Menang Pilihan Raya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*