“Love You Bro, Cepat2 Sembuh” -Pesanan Terakhir Mamat Khalid Buat Datuk Awie

Pemergian All4hyarham Mamat Khalid sememangnya satu kejutan besar buat negara kerana pengarah terkenal itu sangat menyumbang kepada perkembangan industri seni Tanah Air.

Karya-karyanya yang begitu genius membuatkan ramai penonton dapat bergelak ketawa disamping menerima mesej yang kuat berkaitan isu semasa.

Ramai rakan artis yang juga para pelakon filem-filem arahannya hadir ke kediamanan Allahy4rham bagi memberikan penghorm4tan ter4khir.

Antara yang awal tiba di Ipoh, Perak adalah penyanyi tersohor Datuk Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman.

Menerusi perkongsian dari wartawan Astro Awani, Hasimi Muhamad, Datuk Awie telah tiba untuk menziarahi jen4zah Allahy4rham kira-kira jam 9.50am.

Beliau yang hadir berbaju putih kelihatan sugul mengenangkan pemerg1an insan yang sangat berjasa itu.

Dalam laporan dari Utusan, Awie mengakui amat terkejvt ketika mendapat berita pemergi4n Mamat Khalid kerana ketika itu beliau sedang menjalankan pengambaran.

“Melihatkan nombor rakan dari Perak, saya mula tidak sedap hati dan memikirkan sesuatu yang tidak baik berlaku.
“Apabila diberitahu abang Mamat sudah tiada, luruh hati saya, pergi lagi seorang sahabat saya, abang saya,”  katanya.

Berkongsi kisah beberapa minggu sebelum  ini, pengarah tersebut telah menghantar mesej pesanan lewat aplikasi WhatsApp dengan mendoakan Awie supaya cepat sembuh.

Perkara tersebut sama sekali tidak pernah dilakukan oleh Allahy4rham sepanjang mereka berkenalan dan ternyata itu adalah pesanan ter4khirnya kepada seorang sahabat.

“Love you bro, cepat-cepat sembuh’, itu mesejnya kepada saya. Dia tidak pernah hantar mesej begitu dengan saya sebelum ini. Dia turut bertanya khabar saya,” ujar Awie sebak.

Vokalis kumpulan Wings itu pernah membintangi beberapa filem arahan arw4h antaranya, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Zombi Kampung Pisang dimana kedua-dua filem berkenaan antara filem box-office di Malaysia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MOTIFVIRAL

Sumber: OMM

PERHATIAN: Pihak @MOTIFVIRAL tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @MOTIFVIRAL juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Love You Bro, Cepat2 Sembuh” -Pesanan Terakhir Mamat Khalid Buat Datuk Awie"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*