Bercuti Di Langkawi, Syed Saddiq Minta Izin Penduduk Muar Terlebih Dulu – “Kehadiran Saya Di Parlimen 100%..”

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta izin daripada penduduk kawasannya untuk pergi bercuti di Pulau Langkawi.

Menerusi laman sosial Instagram, Saddiq berkongsi swafoto pertamanya melakukan aktiviti di Langkawi untuk tatapan umum.

Difahamkan Saddiq akan berada di Langkawi sehingga hari Rabu.

“Kehadiran saya di Parlimen 100%. Isu isu rakyat kerap saya bahaskan di parlimen. Turun padang setiap minggu demi Muar.’

“Saya minta izin orang Muar untuk saya #cuticutiMalaysia sampai hari Rabu. Pejabat saya masih ON! Bantuan pun masih ON! I’ll be back on Wednesday. For the time being, Apa khabar orang Langkawi,” tulis Saddiq di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian itu lagi, Saddiq memaklumkan pejabat miliknya serta pusat bantuan yang didirikan akan terus beroperasi walaupun dia sedang bercuti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan ucapan selamat bercuti kepada bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

Tidak kurang juga ada yang menyarankan Saddiq pergi bercuti untuk merehatkan fikiran memandangkan dia seorang yang rajin bekerja memperjuangkan nasib rakyat.

Berehatlah YB. Yang penting kepentingan orang Muar terpelihara,” komen seorang wargamaya.

You deserve a break. Have fun YB,” ucap seorang wargamaya.

Bukan orang Muar tapi pergilah, saya izinkan,” usik seorang wargamaya.

Yes! Every hardworking person deserves a rest, enjoy,” kata seorang wargamaya.

Pergilah bercuti 2,3 hari YB. Apa salahnya. Ada menteri lain siap pi bercuti kat oversea. YB pi Langkawi je pun,” luah seorang wargamaya.

Terbaik contoh. Elok rakyat pilih wakil yang muda bersemangat macam ni,” puji seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 50,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MOTIFVIRAL

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak @MOTIFVIRAL tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @MOTIFVIRAL juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Bercuti Di Langkawi, Syed Saddiq Minta Izin Penduduk Muar Terlebih Dulu – “Kehadiran Saya Di Parlimen 100%..”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*