Muhyiddin Kini Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Bertaraf Menteri

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, keputusan itu dibuat Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 1 September lalu.

“Pelantikan ini telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Pelantikan ini juga dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin untuk menerajui strategi pemulihan negara demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MOTIFVIRAL

Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak @MOTIFVIRAL tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @MOTIFVIRAL juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Muhyiddin Kini Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Bertaraf Menteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*