Dengar Suara Marah2 Ketika ‘On Air’ Di Hot FM, Fad Bocey & AG Mohon Maaf

Jika ada yang mendengar siaran pagi di radio Hot FM, pastinya akan tertanya-tanya mengapa ada suara orang ‘marah-marah’ ketika lagu telah diputarkan.

Tindakan tersebut dilihat sangat tidak profesional memandangkan penyampai untuk siaran pagi iaitu Fad Bocey dan AG Azmeer baru sahaja digandingkan bersama.

Penuh di ruangan komen Instagram Hot FM yang mempertikaikan individu di sebalik suara ‘marah-marah’ tersebut memadangkan ia jelas kedengaran sebelum penyampai radio memaklumkan ia adalah kesilapan teknikal.

Namun disebabkan isu tersebut tular, AG dan juga Fad telah tampil di Instagram Hot FM dengan memuat naik video membuat permohonan maaf kepada semua diatas masalah teknikal yang berlaku.

Mereka berdua juga memaklumkan yang pihak pengurusan akan membuat penjelasan pada pagi esok bersama-sama dengan mereka bagi menjawab segala tanda tanya yang diutarakan oleh netizen sejak pagi tadi.
Diharap penjelasan yang bakal dilakukan dapat memberi penerangan yang sewajarnya ke atas insiden yang seharusnya tidak berlaku ketika sedang keudara kerana boleh memberi imej kurang ‘cantik’ untuk stesen radio yang mempunyai pengikut yang ramai ini di Malaysia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MOTIFVIRAL

Sumber: OMM

PERHATIAN: Pihak @MOTIFVIRAL tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @MOTIFVIRAL juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Dengar Suara Marah2 Ketika ‘On Air’ Di Hot FM, Fad Bocey & AG Mohon Maaf"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*