Sedih,Persiapan Kahwin Siap, Namun Putus Tunang, Ada Yg Kongsi Cara Tuntut Kembali Kerugian Yang Dialami

Pertunangan merupakan satu peringkat bagi kita mengenali pasangan masing-masing sebelum berkahwin. Dan pada peringkat inilah kita mengenali dengan lebih dekat antara satu sama lain. Namun ada yang tidak mempunyai jodoh yang panjang untuk meneruskan ke gerbang perkahwinan.

Begitulah dengan kisah seorang lelaki ini. Kisah yang menyedihkan apabila putus tunang setelah persediaan yang dilakukan hampir siap untuk perkahwinan. Berkongsi kisahnya menerusi laman TikTok dan kemudian dimuat naik semula di laman sosial twitter membuatkan kisahnya tular.

Kisah bermula dimana mereka bertunang pada bulan puasa tahun ini walaupun perancangannya raya ke-3. Dimana hantaran dan pelamin disiapkan oleh lelaki itu sendiri. Segalanya disiapkan sendiri demi wanita yang dicintainya. Sepatutnya bernikah pada raya ke-3 tetapi dianjak ke bulan 6 disebabkan bnyak dokumen yang belum lengkap. Setelah lengkap semua dokumen, terus beli cincin nikah bersama. Manakala baju nikah sudah siap dibeli lelaki ini sebelum pertunangan tetapi dibeli lagi yang lain kerana wanita tersebut tidak berkenan.

Lebih menyedihkan disebabkan perniagaannya yang terjejas akibat PKP, lelaki tersebut meminta bantuan tunangnya itu untuk menambah sedikit modal untuk perkahwinannya. Namun tunangnya tidak mempunyai sebarnag simpanan untuk berkahwin dan disitu berlakunya pertengkaran sehingga putus tunang.

Tidak terhenti disitu, lelaki tersebut meneruskan untuk mencari wang demi menambah modal untuk meneruskan perkahwinan. Tidak sampai sebulan, wanita tersebut sudah bertunang dengan orang lain.

Setelah berhabis duit menyiapkan segalanya, perkahwinan mereka hanya sekadar mimpi indah.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengeluarkan pendapat masing-masing berkenaan kisah ini.

Ada satu perkongsian yang menarik perhatian apabila seorang pemuda ini berkongsi cara untuk menuntut kembali duit yang habis digunakan untuk persiapan jika perkahwinan tidak dapat diteruskan kerana sebab-sebab yang tidak sah.

Ikuti bebenang yang disediakan ini.

Teks by Staff Motif Viral

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MOTIFVIRAL

Sumber: Twitter hancurhatii , raficounsel by Motif Viral

PERHATIAN: Pihak @MOTIFVIRAL tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @MOTIFVIRAL juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Be the first to comment on "Sedih,Persiapan Kahwin Siap, Namun Putus Tunang, Ada Yg Kongsi Cara Tuntut Kembali Kerugian Yang Dialami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*