Muat Naik Gambar Cincin, Harris Alif Melamar Intan Ladyana?

Umum mengetahui kisah percintaan pasangan pelakon, Harris Alif dan Intan Ladyana yang sering menjadi perhatian netizen di media sosial.

Terbaru, aktor berusia 21 tahun itu memuat naik sekeping gambar di Instagram memaparkan sedang melamar seorang wanita yang tidak ditunjukkan wajahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harris Alif (@harrisalif)

“Semoga cinta kita mekar selamanya,” tulis pemilik nama Nor Harris Alif Nor Rashidi itu.

Berikutan itu, timbul spekulasi adakah aktor yang terkenal dengan drama bersiri Geng Bas Sekolah itu mengambil keputusan untuk melamar kekasihnya.

Ini dapat dilihat pada ruangan komen posting tersebut dimana rata-rata rakan selebriti dan warganet mengucapkan tahniah dan teruja melihat momen ‘sweet’ berkenaan.

Tahniah!

Harap2 bukan lakonan

Tinjauan di Instagram milik Intan pula, aktres berusia 38 tahun itu juga dilihat memakai busana berwarna merah jambu yang sama seperti Haris ketika detik melamar berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 🎬 (@intanladyana)


Walau bagaimanapun setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dibuat oleh pasangan yang mungkin sekadar babak lakonan semata-mata.

Terdahulu, jarak usia pasangan itu sering menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen namun mereka tidak kisah sebaliknya terbuka berkongsi soal cinta.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MOTIFVIRAL

Sumber: Harris Alif , Intan Ladyana

PERHATIAN: Pihak @MOTIFVIRAL tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @MOTIFVIRAL juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Muat Naik Gambar Cincin, Harris Alif Melamar Intan Ladyana?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*